Ahad, 20 Mei 2012

Permata hatiku


 Permata hatiku



Kamu insan biasa

Punya impian mengunung

Dari kecil kudidik,kuasuh

Walaupun kamu belum mengerti apa-apa

Tapi hati ku terusik dengan sunyum dan tawa kalian

Seringkali ku berdoa agar kamu berdua mengapai impian

Yang sering ku titipkan

Jadilah seseorang

Berjasa kepada yang memerlukan

Agar hidup mendapat keberkatan

Wahai permata hatiku

Senyumlah selalu

Tawamu ku tunggu

Manjamu ku rindu

Terima kasih permata hatiku

Menghiburkan ku selalu

Kadangkala ku amuk

Bukan kerana benci

Tapi kerana terlalu menyayangi

Ingin selalu menemani kamu

Kerna itu kupinta pada Ilahi,panjangkanlah usia ku

Agar dapat ku bentuk permata hatiku menjadi mukmin sejati

Hingga kamu dapat berdikari

Ku ingin kamu gembira, bahagia hingga kehujung nyawa

Ya Allah


Ya Allah

Allahhuakhbar!  Allahhuakhbar!  Allahhuakhbar!

Berikan aku ketenangan

Berikan aku kesempatan

Berikan aku sifat ketakwaan yang ku cari

Seluruh tubuhku rasa gementar

Rasa takut menemaniku saban waktu

Peluh memercik keseluruh anggotaku

Ku takut pada ajalku

Ku takut kerana ketipisan imanku

Ku takut pada segala galanya

Hanya Kamu yang tahu

Tidurku terganggu

Saat mata terpejam,ku dihidangkan tanah perkuburan

Mimpi yang menakutkan,mengerikan

Saat ku terjaga,mindaku bergerak memutarkan peristiwa semalam

Aku takut,teramat takut ya Allah

Aku takut pada azab Mu

Lailahailallah,muhammadarasullullah

Permudahkanlah setiap urusanku

Percepatkanlah langkahku menerima Hidayah Mu

Kau terangilah hati ini selagi hayat dikandung badan

Selagi ingin Kau pinjamkan roh ini kepada ku

Agar diriku tergolong dalam pilihan Mu

Allahhuakhbar! Allahhuakhbar! Allahhuakhbar!

Syukur


Syukur
ALHAMDULILLAH
Semalam aku merenungi nasib sendiri
Aku lihat aku simpulkan
Aku lalui aku rasa keperitan
Hingga satu ketika,aku rasa aku perlukan noktahnya
Ku cuba membuka minda
Ku cuba mentafsirkan perlakuan manusia
Ku jumpa
Ku temui sesuatu yang berharga
Yang sememangnya milikku sejak azali
Kerana dia,ku berdendam
Kerana mereka aku membenci
Kerana persekitaran yang begitu membuatkan ku rasa terasing
Ku buka mata hati
Ku buka semua pancaindera yang Kau beri
Kutemui ketenangan
Dada yang dahulunya semak memikirkan gelagat manusia
Kini lapang ,tenang,
Ku buang segala prasangka
Ku kuburkan segala perasaan ghibah
Jiwaku tenang
Alhamdulillah………….

Pencarian





Pencarian


Hati ku bebas

Bebas dari segala nista dan noda

Bersih dari lumpur dosa dosa

Ku umpama burung yang beterbangan

Ku buka mata

Ku buka hati

Alhamdulillah

Ku masih dapat melihat kebesaran Mu

Lautan yang terbentang luas,seluas ketenangan yang Kau berikan

Langit biru yang mendamaikan

Pohon menghijau terlalu mengasyikkan

Sinar mentari memancar

Bintang berkerlipan

nun

Kepekatan malam bak pungguk rindukan bulan

Aku masih di sini

Ku mula mensyukuri nikmat yang Kau beri

Ku mula menangisi khilafku semalam

Tapi hatiku masih kosong

Entah apa yang perlu kuisikan

Entah apa yang masih ku cari

Belum pasti………………….belum ku temui


Rabu, 28 Mac 2012

Berilah aku hidayahMU

Oh Tuhan,
Aku wanita itu
wanita yang mencari erti ketenangan
mencari sinar, dan ketulusan

Oh Tuhan
Aku wanita itu
yang dahulunya hidup penuh benci dan dendam
seringkali takdir Mu ku salah ertikan

Oh Tuhan
Aku wanita itu
masih alpa dengan suruhan Mu
usia ku kian hari kian menginjak
hinggakan ku rasa
ajalku semakin menghampiri

Oh Tuhan
Aku wanita itu
takut akan azab Mu
hari ini kurasa begitu dekat dengan Mu
ku rasa ibadahku belum tertib
ku cuba dan terus mencuba
ku cari dimana silapnya
tapi ku masih dalam godaan syaitan

Oh Tuhan
Aku wanita itu
inginku kongsikan kegusaran hati ini
tapi pada siapa?
pada suami?
pada keluarga?
pada sahabat?
adakah mereka faham apa yang hatiku inginkan.
sedangkan mereka jua kekadang alpa sepertiku.
hanya pada Mu aku merintih
meminta pengampunan
meminta pertolongan
meminta belas kasihan
meminta pinjamkan nyawa ini lagi
untuk aku mencari hidayah MU buat diriku dan anak2ku.
Berikanlah hidayah Mu ya Allah.