Ahad, 20 Mei 2012

Syukur


Syukur
ALHAMDULILLAH
Semalam aku merenungi nasib sendiri
Aku lihat aku simpulkan
Aku lalui aku rasa keperitan
Hingga satu ketika,aku rasa aku perlukan noktahnya
Ku cuba membuka minda
Ku cuba mentafsirkan perlakuan manusia
Ku jumpa
Ku temui sesuatu yang berharga
Yang sememangnya milikku sejak azali
Kerana dia,ku berdendam
Kerana mereka aku membenci
Kerana persekitaran yang begitu membuatkan ku rasa terasing
Ku buka mata hati
Ku buka semua pancaindera yang Kau beri
Kutemui ketenangan
Dada yang dahulunya semak memikirkan gelagat manusia
Kini lapang ,tenang,
Ku buang segala prasangka
Ku kuburkan segala perasaan ghibah
Jiwaku tenang
Alhamdulillah………….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan